Tuesday, 14 February 2017

RUMUSAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati semangat patriotisme, Rukun Negara dan nilai-nilai perpaduan.Melalui penghayatan tentang semangat patriotisme,prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai perpaduan, negara akan mempunyai rakyat yang kukuh jati diri dan mampu menjamin kemakmuran dan keamanan negara.Rakyat perlu berpegang teguh dan mengamalkan prinsip Rukun Negara supaya memperoleh kehidupan yang bersatu padu, hormat-menghormati antara satu sama lain dan setia kepada negara.

Sejarah membuktikan bahawa perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang pelbagai kaum kerana perpaduan menjadi asas kepada keamanan negara.Negara yang aman menbolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan yang boleh memberikan keuntungan kepada rakyat.


No comments:

Post a Comment